Sekolah Menengah Islam

HIDAYAH

Pasirris Batu Pahat

Siapa kami?

Sekolah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat adalah cawangan daripada Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru yang merupakan sekolah swasta Islam sejak 1989 bagi sekolah rendah dan 1995 bagi sekolah menengah.  

Sekolah ini diasaskan dengan tujuan untuk melahirkan insan rabbani, iaitu insan yang sangat menitik beratkan hubungan dengan ALLAH dalam urusan dunia dan akhirat serta mampu memimpin masyarakat. 

Mengapa Hidayah?

Apakah yang istimewanya sekolah Hidayah untuk anda pilih sebagai tempat pendidikan anak anda?

buka-sekolah-tangga-banin

Kami Ibu Bapa Seperti Anda

Kami juga ibu bapa seperti anda. Kami memahami bahawa dalam dunia moden ini, untuk mendidik anak remaja menjadi muslim yang tulen merupakan suatu cabaran yang memerlukan kepada pengorbanan.

Cabaran Mendidik Zaman Moden

Handphone, game, video, media sosial, dan banyak lagi bersaing dengan anda untuk mempengaruhi anak anda. Menghalang tidak mudah. Cabaran ini datang dari segenap arah terus ke hujung jari anak-anak.

buka-sekolah-tangga-banat
baju-krs-banin-study

Bina Kekuatan Dalaman

Didik anak dengan kekuatan dalaman dan kejelasan pemikiran.

Di sinilah kami boleh bersama anda dalam usaha ini.

Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat menekankan pembinaan sahsiah sebagai keutamaan tanpa meninggalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Tarbiah dan Pembinaan Sahsiah

Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat (SMIH BP) percaya bahawa pendidikan adalah proses pembinaan dan pengembangan potensi manusia ataupun juga disebut tarbiah.

Pembinaan Ilmu dan Kemahiran Berfikir

Diterapkan melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kelas. Elemen ini menggabungkan kurikulum kebangsaan KSSM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum deeniah oleh IKRAM-MUSLEH.

Praktikal Melalui Wasilah Tarbiah

Program-program pembentukan sahsiah yang praktikal untuk melengkapkan kefahaman dan membantu proses merubah kefahaman kepada amalan.

Kemahiran dan Kepimpinan

Melengkapkan pembangunan potensi, membina daya tahan, kemahiran mengurus dan kerja berpasukan selain kemahiran memimpin melalui aktiviti kokurikulum dan KRS.

Matapelajaran

Yang ditawarkan di sini

Menengah Rendah

Menengah Atas

Diniah IKRAM Musleh

Buat Permohonan untuk Daftar Anak Anda Sekarang

Klik di bawah untuk memohon daftar anak anda bagi kemasukan tingkatan 1 atau tingkatan 2 pada tahun 2021.

Asrama Juga Disediakan

Klik di bawah untuk memohon penempatan di asrama untuk tahun 2020. Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak yang tinggal jauh daripada sekolah.

Soalan-soalan Lazim

Ada pertanyaan? Kami jawab.

Pembayaran yuran boleh dibuat melalui JomPay. 

Berikut maklumat yang diperlukan:

Biller Code: 10322
Ref-1: Nombor matrik murid
Ref-2: Nama murid

Contoh: 
Ref-1: 22MBP0001
Ref-2: Ahmadi bin Zailani

Anak-anak akan bersekolah bermula jam 7:40 pagi setiap hari.

Pada hari Ahad hingga Selasa, waktu pulang adalah pada jam 3:30 petang.

Pada hari Rabu, waktu pulang adalah pada jam 4:30 petang setelah kokurikulum.

Akhir sekali pada hari Khamis, waktu pulang adalah pada jam 2:30 petang.

Kami akan menghubungi pihak tuan/puan dengan maklumat lanjut sekiranya permohonan daftar untuk anak tuan/puan diterima.

Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat baru sahaja dibuka pada tahun 2020. 

Ini bermaksud pada tahun 2021, hanya ada tingkatan 1 dan 2 sahaja. 

Tetapi tuan/puan usah risau. Kami jangkakan untuk menambah tingkatan setiap tahun sehingga lengkap semua tingkatan sampai tingkatan 5.

Ya. Kini permohonan asrama sudah dibuka. Sila buat permohonan di pautan ini: Mohon Daftar Asrama.

Tempat yang dibuka di asrama adalah terhad untuk tahun 2021. Penempatan akan diberikan keutamaan yang pada yang mohon awal dan tinggal jauh daripada SMI Hidayah Pasirris BP.  

Boleh.

Tuan/puan boleh memohon asrama untuk anak tuan/puan pada bila-bila masa dengan syarat masih ada tempat kosong. 

Ini bermaksud sekiranya tempat untuk asrama sudah penuh, kami tidak boleh menerima permohonan baharu.

Hubungi Kami

Kemusykilan belum terjawab? Hubungi kami.

Reka Bentuk Laman oleh Sayf.my

Langkah-langkah Pendaftaran

1

Klik borang pendaftaran di bawah.

2

Isikan nombor MyKid / MyKad anak dan klik "verify"

3

Sekiranya disahkan belum mendaftar, klik "REGISTER" untuk teruskan pendaftaran.